Pages

Wednesday, June 12, 2013

Selamat Kembali

Nampak malaskan aku nie nak mengupdate blog, paling last sekali bulan 10 tahun lepas, nak mencicah usia setahun, hahaha. Aku nak bagi tahu kat korang yang aku ni dah abis final exam sekaligus tamat la aku belajar sebagai student degree, tapi tak complete lagi la sebabnya aku tak viva lagi. Tak tahu ape itu viva? Viva nie macam presentation apa yang kita dah buat untuk kajian kita tu, kira macam itu lah, so sekarang aku nak mula panaskan enjin untuk mengupdate sebanyak blog yang mungkin.

Banyak sebenarnya apa yang kita dapat bila berblogging nie. Biar aku perjelaskan tau;

  1. Kita boleh jadikan sebagai diari kita sebabnya kalau kita tulis kat buku mengenai life kiita kadangkala buku itu boleh hilang, curi dan sebagainya.
  2. Kita boleh melepaskan luahan rasa melalui penulisan seperti sajak, pantun, cerpen dan sebagainya.
  3. Berkongsi pengalaman dengan orang lain.
Itu sahaja yang ada dalam kepala otak nie, Oklah nanti kita sambung lagi ya. Terima Kasih...

ni gambar terbaru aku pi picnic dengan classmate degree di Tanjung Balau.

Saturday, October 6, 2012

Saturday, June 23, 2012

Mengapa begini?

Assalamualaikum...

Mengapa datang dalam hidup ku disaat aku melupakan dirimu,
Bermacam-macam cara telah kulakukan dengan mendelete numbermu,
Tetapi dalam tiga minggu engkau hadir untuk menanyakan driku,

Engakau bertanyakan sihatkah aku?
Dikau juga mahu berjumpa denganku, 
Tetapi amarahku yang meluap menyebabkan aku memarahi dirimu,
Disaat ini,
Aku tidak tahu apa perasaan aku terhadap dirimu,

Tetapi, 
Dengan rasa bersalah aku meminta maaf,
Dikau tidak membalas kata-kata ku, 
adakah engaku terasa dengan diriku ini,
Aku meminta maaf dengan sepenuh hati,

Namun untuk aku bersamamu tidak mungkin,
Itulah apa yang ada dihati ini dan luahan rasa hati,
Agar satu hari nanti,
Engkau berjumpa dengan orang yang lebih memahami dirimu.




Sincerely,
Liyana Zainal

p/s: jgn salah faham yerk, hahaha



Thursday, June 7, 2012

jangan baca!!!

assalamualaikum...

kan dah cakap jangan baca.

yang kamu baca itu kenapa...

ok lah aku saja je. sebenarnya nak cerita sedikit mengenai my life journey..haiyok orang puteh la pulak.





nama siapa: nama diberi oleh mak cik aku yop, Nur Liyana Bt Zainal Abidin

panggilan manja: banyak sangat, kadang-kadang nana, kak, not, yana, liyana, comel, kak uda, cik nana, anna.mana-mana pon boleh, asalkan jangan melalut sudah.

umor berapa: apa punya soalan la, sensitif tau.. ok lah tak mahu rahsia-rahsia, secara jujurnya 23 tahun tahun, tapi takmasuk lagi tau, nanti bulan sudah baru 23. sekarang ini masih 22 tahun +++. Hehehe...
tapikan aku nak bagitahu, orang-orang semua tak percaye tau, ingat aku ini budak nak amik SPM. jangan jelez sudah..aku tahu la aku ini nampak baby face.. bukan aku saja-saja cakap tau                        
kawan aku  yang cakap... 

tarikh lahir ngan tempat lahir: nak tahu jugak kew...ok tarikh lahir aku 25 october 1989.aku dilahirkan dekat umah nenek aku di kampung sungai suloh, batu pahat, johor.

dah ada boyfriend ka: hahaha gelak sambil tergolek.. mestilah ada, bapak ngan abang aku la boyfriend aku,jangan main-main boleh tak..ok secara jujurnya wat masa sekarang ini aku tak ada lagi, hahaha..apalagi kalau kaum adam yang nak couple-couple bagai ini, boleh ambil borang...kalau layak aku approve..amacam. berani tak.

sekarang buat apa: sekarang ini duk baring atas katil sambil menekan papan kekunci..hehehe...sekarang ini aku sedang belajar lagi tau..dekat UTM skudai je, insyallah tahun 2013 aku akan menamatkan degree aku. doakan la kejayaan aku ye. kalau dapat first class degree aku beanja korang makan..he2...insya Allah..

Impian: kalau boleh nak dapatkan semua yang aku wishlist kan tu...and kalau boleh la kan dapat suami yang soleh+++ ngan kaya. senang hati mak..hahaha...

makan kegemaran: sekarang ini aku addict gila dengak laksa johor, sedap tak terkata, nak kena belajar ini dengan abang kat pasar malam umah aku, macam mana dia buat. makan sekali mesti nak banyak kali, terangkat tu...    and aku nak belajar buat puding caramel la, macam sedap jew,

kawan yang kau rapat siapa: kira bestie aku ini, SYIDA ngan LISA,   kalau yang lain pon ok gak, lagi-lagi budak classmates aku la, kitaorang memang rapat wo...kalau ada apa-apa mesti bagi tahu. untuk pengetahuan korang aku ngan SYIDA dan dua tahun kita orang duduk bersama-sama tau, mana taknya SYIDA banyak mengajar aku erti kehidupan, dari segi dunia mahupon akhirat.thanks adik...he2 sebenarnya aku tua setahundaripada dia. ye la masa SPM orang suruh belajar aku duk bercinta, dah kena masuk matrik yang dua tahun punya. kira PDT la. program dua tahun...

boleh berikan 3 perkara yang menggambarkan diri kau..
i) banyak cakap(so sekarang ini aku nak kurangkan bercakap, bukannya dapat faedah pon banyak cakap, banyakkan membaca al-quran lagi bagus)
ii)seorang yang melatah(ini rahsia tau, macam-macam keluar dari mulut ini, kalau dengar bakal mak mertua malu jew)
iii)rajin mengemas, malas masak(tapi akhir-akhir ini aku dah rajin sikit nak masak, macam best jew)




itu je lah yang aku nak kongsikan dengan korang....




Sincerely,     
  Liyana Zainal                                                                                                                                                                  

Thursday, May 31, 2012

Officially

Salam Jumaat & Salam 1 Malaysia warga sekalian...

Hari ini aku bukannya hendak bertazkirah. Cuma nak berkongsi pasal kehidupan aku ini. Secara officially, aku dah driver sendiri ok..highlight balik S.E.N.D.I.R.I daripada Kluang iaitu rumah aku sehingga Skudai. aku tahu la mesti ada yang nak mengutuk aku, setakat Kluang - Skudai, apalah sangat...Tapi pada aku itu satu pencapaian yang agak membanggakan, mana taknya before ini aku nak pergi mana-mana mesti tunggu orang bawak aku pergi jalan-jalan. sekarang aku nak pergi mana-mana dah tak payah nak ajak orang, capai tudung, kunci pastu jalan la. memang memudahkan perjalanan aku. 

Dalam pukul 12 lebih alhamdulillah aku telah selamat sampai ke UTM. pastu pi pejabat kat fakulti untuk ambil borang untuk pendaftaran PSM untuk next sem, and aku amik sekali dean's list punya certificate. huk2 cakap pasal dean list tak tahulah semester ini ynag meliatkan pengredan melalui praktikal dapat ke tidak, hanya bertawakan dan berdoa untuk mendapat yang terbaik. kalau ada rezeki adalah. Lepas dah ambil borang PSM tu aku pun pi lah ke MSI aka masjid sultan ismail. haah aku lupa nak mention kan budak peneman setia aku ke UTM iaitu jiran aku, nama dia Yuslinda, he2=)

Around jam tiga petang aku pun pergi ke bilik supervisor, nama dia DR. ZALEHA. dia ini sebenarnya PA untuk kelas aku untuk budak SPM.jangan ingat SPM tu sijil pelajaran malaysia. SPM tu sarjana muda sains dan pendidikan (matematik) ye. lama jugak lah berbual dengan dr zaleha, ialah kan dah lama tak jumpa apalagi berbual lah sampai pukul 4, he2...dr zaleha ini baik tau dia bagi tajuk sekali, memang itulah yang aku nanti-nantikan selama ini. Thanks ya Doktor. jangan ingat kau ini kena duduk diam gitu je, doktor juga telah memberikan aku, fiza, azim.(dia orang ini semua bawah doktor jugak) untuk menyambung dunia matematik untuk publish kan article. kirenya kena jadi penulis untuk sebuah laman web untuk semua makhluk maya mempelajari matematik. bukannya senang ok, 23 06 12. ini aku kena pergi menghadiri bengkel yup untuk tahu macam mana nak buat semua kejadah ini. doakan la keayaan aku ye kawan-kawan.

Dah abis berbincang and officially mu supervisor tuk thesis and my project PSM adalah DR ZALEHA.ahakz.....



muka masa menunggu kedatangan fiza sulaiman ye budak classmate aku. takade kerja palagi snap la gambar..ahakz..






Sincerely,
Liyana Zainal

Wednesday, May 30, 2012

Mengapa dan bagaimana penyelesaiannya.

Assalamualaikum cik timah...
 
Hahaha...sambil memeningkan kepala nak mencari tajuk untuk PSM aka Projek Sarjana Muda. Mana aku tak bising next semester baru tahun empat dah nak kena fikir bagai tajuk untuk thesis. anyway bulan sembilan ini aku dah nak masuk tahun akhir, huish macam tak caye jew, dan sedar tak sedar dah masuk enam semester aku kat UTM (Universiti teknologi malaysia) termasuk la semester nie walaupun semester nie tak habis lagi. kalau siapa yang ikut perkembangan semasa aku dia tahu la sekarang aku tengah praktikal. jadi cikgu kejap. nape tak percaye ke aku ni bole jadi cikgu, mai aku lempang sikit. confirm percaye cakap aku. dah sudah lari topik. sebenarnya bersamaan 31 may 2012 aku nak pergi melawat UTM sambil memegang tangan didada.(UTM kebanggaanku) nak pergi minta signature lecturer untuk jadi supervisor aku. sebelum minta signature tu takut la kalau lecturer tu tanya tajuk kan. takkan on the spot nak jawab, nanti merapu meraban aku jawab, uish..poning kepala eden nak memikirkannya. semua ini senior yang cakap. lebih baik prepare tajuk before jumpa supervisor, untuk kesenangan hidup juga. ye la kan sekarang ini aku kan dah nak masuk tahun akhir, kenalah tunjukkan sifat yang dah matang padahal kat umah ini perangai macam kanak-kanak ribena. kalau kahwin pon anak dah dua tiga orang.uish merepek je aku ini. so as a matured girl (chewah) semua kena perfect sikit, mesti cari tajuk yang sesuai dengan jiwa harmoni aku ini. 

Yang aku tak bole belah ini. nape mesti sekarang kena cari tajuk psm, kenapa tidak naik bulan september ini fikirkan tajuk yang sesuai. hoi cik liyana engkau tahu tidak, orang semua dah prepare tau, siap dah ada signature lagi dengan lecturer. silalah bangun ye cik kak. nak dapat A tak..uish nak la dapat A tu. So bekorban sampai tahun depan je, then engkau nak tidor ke, nak apa-apa ke sukahati mak bapak kau la. kesian mak bapak aku, hahaha...so aja-aja fighting-fighting. betul ke ayat korea aku ni, kalau lisa tau mesti dia ketawakan aku, yela, nak cakap korea tapi tak tau..hehe...

So tadi aku buat survey sikit, aku tanya kawan kat facebook tu, tajuk apa yang dia orang rasa susah, so aku dah conclude ungkapan algebra mendapat undian tertinggi. so aku nak kaji masalah ini. ececeehh...cik liyana..hahaha...... Alangkah bagusnya kalau aku dapat meneruskan pengajian aku sampai PHD..ahahak.. boleh kew, budah tak pandai cakap bi, berterabur je kalau cakap. entah orang faham ke tidak, takpe jadikan itu sebagai cabaran insyallah. dimana ada usaha di situ ada jalan.

dengan melihatkan sumber-sumber daripada internet boleh kot tajuk ini..Permasalahan Ungkapan Algebra.
itu cuma first tajuk yang aku dapat cari, lepas ini cuti semester aku nak kena cari betul-betul yang sesuai. tak boleh main-main dah. 

Oklah panjang rasenyew aku mengarang ini. haha=) bye2

Sincerely,
Liyana Zainal

Wordless W#1: Sudah cukup Sudah


Dengarkanlah wahai hati...

p/s:terima kasih sbb sudi ketuk pintu hati ini...

sincerely,
Liyana Zainal