Pages

Wednesday, May 30, 2012

Mengapa dan bagaimana penyelesaiannya.

Assalamualaikum cik timah...
 
Hahaha...sambil memeningkan kepala nak mencari tajuk untuk PSM aka Projek Sarjana Muda. Mana aku tak bising next semester baru tahun empat dah nak kena fikir bagai tajuk untuk thesis. anyway bulan sembilan ini aku dah nak masuk tahun akhir, huish macam tak caye jew, dan sedar tak sedar dah masuk enam semester aku kat UTM (Universiti teknologi malaysia) termasuk la semester nie walaupun semester nie tak habis lagi. kalau siapa yang ikut perkembangan semasa aku dia tahu la sekarang aku tengah praktikal. jadi cikgu kejap. nape tak percaye ke aku ni bole jadi cikgu, mai aku lempang sikit. confirm percaye cakap aku. dah sudah lari topik. sebenarnya bersamaan 31 may 2012 aku nak pergi melawat UTM sambil memegang tangan didada.(UTM kebanggaanku) nak pergi minta signature lecturer untuk jadi supervisor aku. sebelum minta signature tu takut la kalau lecturer tu tanya tajuk kan. takkan on the spot nak jawab, nanti merapu meraban aku jawab, uish..poning kepala eden nak memikirkannya. semua ini senior yang cakap. lebih baik prepare tajuk before jumpa supervisor, untuk kesenangan hidup juga. ye la kan sekarang ini aku kan dah nak masuk tahun akhir, kenalah tunjukkan sifat yang dah matang padahal kat umah ini perangai macam kanak-kanak ribena. kalau kahwin pon anak dah dua tiga orang.uish merepek je aku ini. so as a matured girl (chewah) semua kena perfect sikit, mesti cari tajuk yang sesuai dengan jiwa harmoni aku ini. 

Yang aku tak bole belah ini. nape mesti sekarang kena cari tajuk psm, kenapa tidak naik bulan september ini fikirkan tajuk yang sesuai. hoi cik liyana engkau tahu tidak, orang semua dah prepare tau, siap dah ada signature lagi dengan lecturer. silalah bangun ye cik kak. nak dapat A tak..uish nak la dapat A tu. So bekorban sampai tahun depan je, then engkau nak tidor ke, nak apa-apa ke sukahati mak bapak kau la. kesian mak bapak aku, hahaha...so aja-aja fighting-fighting. betul ke ayat korea aku ni, kalau lisa tau mesti dia ketawakan aku, yela, nak cakap korea tapi tak tau..hehe...

So tadi aku buat survey sikit, aku tanya kawan kat facebook tu, tajuk apa yang dia orang rasa susah, so aku dah conclude ungkapan algebra mendapat undian tertinggi. so aku nak kaji masalah ini. ececeehh...cik liyana..hahaha...... Alangkah bagusnya kalau aku dapat meneruskan pengajian aku sampai PHD..ahahak.. boleh kew, budah tak pandai cakap bi, berterabur je kalau cakap. entah orang faham ke tidak, takpe jadikan itu sebagai cabaran insyallah. dimana ada usaha di situ ada jalan.

dengan melihatkan sumber-sumber daripada internet boleh kot tajuk ini..Permasalahan Ungkapan Algebra.
itu cuma first tajuk yang aku dapat cari, lepas ini cuti semester aku nak kena cari betul-betul yang sesuai. tak boleh main-main dah. 

Oklah panjang rasenyew aku mengarang ini. haha=) bye2

Sincerely,
Liyana Zainal

No comments:

Post a Comment