Pages

Saturday, October 6, 2012

Saturday, June 23, 2012

Mengapa begini?

Assalamualaikum...

Mengapa datang dalam hidup ku disaat aku melupakan dirimu,
Bermacam-macam cara telah kulakukan dengan mendelete numbermu,
Tetapi dalam tiga minggu engkau hadir untuk menanyakan driku,

Engakau bertanyakan sihatkah aku?
Dikau juga mahu berjumpa denganku, 
Tetapi amarahku yang meluap menyebabkan aku memarahi dirimu,
Disaat ini,
Aku tidak tahu apa perasaan aku terhadap dirimu,

Tetapi, 
Dengan rasa bersalah aku meminta maaf,
Dikau tidak membalas kata-kata ku, 
adakah engaku terasa dengan diriku ini,
Aku meminta maaf dengan sepenuh hati,

Namun untuk aku bersamamu tidak mungkin,
Itulah apa yang ada dihati ini dan luahan rasa hati,
Agar satu hari nanti,
Engkau berjumpa dengan orang yang lebih memahami dirimu.




Sincerely,
Liyana Zainal

p/s: jgn salah faham yerk, hahaha



Thursday, June 7, 2012

jangan baca!!!

assalamualaikum...

kan dah cakap jangan baca.

yang kamu baca itu kenapa...

ok lah aku saja je. sebenarnya nak cerita sedikit mengenai my life journey..haiyok orang puteh la pulak.





nama siapa: nama diberi oleh mak cik aku yop, Nur Liyana Bt Zainal Abidin

panggilan manja: banyak sangat, kadang-kadang nana, kak, not, yana, liyana, comel, kak uda, cik nana, anna.mana-mana pon boleh, asalkan jangan melalut sudah.

umor berapa: apa punya soalan la, sensitif tau.. ok lah tak mahu rahsia-rahsia, secara jujurnya 23 tahun tahun, tapi takmasuk lagi tau, nanti bulan sudah baru 23. sekarang ini masih 22 tahun +++. Hehehe...
tapikan aku nak bagitahu, orang-orang semua tak percaye tau, ingat aku ini budak nak amik SPM. jangan jelez sudah..aku tahu la aku ini nampak baby face.. bukan aku saja-saja cakap tau                        
kawan aku  yang cakap... 

tarikh lahir ngan tempat lahir: nak tahu jugak kew...ok tarikh lahir aku 25 october 1989.aku dilahirkan dekat umah nenek aku di kampung sungai suloh, batu pahat, johor.

dah ada boyfriend ka: hahaha gelak sambil tergolek.. mestilah ada, bapak ngan abang aku la boyfriend aku,jangan main-main boleh tak..ok secara jujurnya wat masa sekarang ini aku tak ada lagi, hahaha..apalagi kalau kaum adam yang nak couple-couple bagai ini, boleh ambil borang...kalau layak aku approve..amacam. berani tak.

sekarang buat apa: sekarang ini duk baring atas katil sambil menekan papan kekunci..hehehe...sekarang ini aku sedang belajar lagi tau..dekat UTM skudai je, insyallah tahun 2013 aku akan menamatkan degree aku. doakan la kejayaan aku ye. kalau dapat first class degree aku beanja korang makan..he2...insya Allah..

Impian: kalau boleh nak dapatkan semua yang aku wishlist kan tu...and kalau boleh la kan dapat suami yang soleh+++ ngan kaya. senang hati mak..hahaha...

makan kegemaran: sekarang ini aku addict gila dengak laksa johor, sedap tak terkata, nak kena belajar ini dengan abang kat pasar malam umah aku, macam mana dia buat. makan sekali mesti nak banyak kali, terangkat tu...    and aku nak belajar buat puding caramel la, macam sedap jew,

kawan yang kau rapat siapa: kira bestie aku ini, SYIDA ngan LISA,   kalau yang lain pon ok gak, lagi-lagi budak classmates aku la, kitaorang memang rapat wo...kalau ada apa-apa mesti bagi tahu. untuk pengetahuan korang aku ngan SYIDA dan dua tahun kita orang duduk bersama-sama tau, mana taknya SYIDA banyak mengajar aku erti kehidupan, dari segi dunia mahupon akhirat.thanks adik...he2 sebenarnya aku tua setahundaripada dia. ye la masa SPM orang suruh belajar aku duk bercinta, dah kena masuk matrik yang dua tahun punya. kira PDT la. program dua tahun...

boleh berikan 3 perkara yang menggambarkan diri kau..
i) banyak cakap(so sekarang ini aku nak kurangkan bercakap, bukannya dapat faedah pon banyak cakap, banyakkan membaca al-quran lagi bagus)
ii)seorang yang melatah(ini rahsia tau, macam-macam keluar dari mulut ini, kalau dengar bakal mak mertua malu jew)
iii)rajin mengemas, malas masak(tapi akhir-akhir ini aku dah rajin sikit nak masak, macam best jew)




itu je lah yang aku nak kongsikan dengan korang....




Sincerely,     
  Liyana Zainal                                                                                                                                                                  

Thursday, May 31, 2012

Officially

Salam Jumaat & Salam 1 Malaysia warga sekalian...

Hari ini aku bukannya hendak bertazkirah. Cuma nak berkongsi pasal kehidupan aku ini. Secara officially, aku dah driver sendiri ok..highlight balik S.E.N.D.I.R.I daripada Kluang iaitu rumah aku sehingga Skudai. aku tahu la mesti ada yang nak mengutuk aku, setakat Kluang - Skudai, apalah sangat...Tapi pada aku itu satu pencapaian yang agak membanggakan, mana taknya before ini aku nak pergi mana-mana mesti tunggu orang bawak aku pergi jalan-jalan. sekarang aku nak pergi mana-mana dah tak payah nak ajak orang, capai tudung, kunci pastu jalan la. memang memudahkan perjalanan aku. 

Dalam pukul 12 lebih alhamdulillah aku telah selamat sampai ke UTM. pastu pi pejabat kat fakulti untuk ambil borang untuk pendaftaran PSM untuk next sem, and aku amik sekali dean's list punya certificate. huk2 cakap pasal dean list tak tahulah semester ini ynag meliatkan pengredan melalui praktikal dapat ke tidak, hanya bertawakan dan berdoa untuk mendapat yang terbaik. kalau ada rezeki adalah. Lepas dah ambil borang PSM tu aku pun pi lah ke MSI aka masjid sultan ismail. haah aku lupa nak mention kan budak peneman setia aku ke UTM iaitu jiran aku, nama dia Yuslinda, he2=)

Around jam tiga petang aku pun pergi ke bilik supervisor, nama dia DR. ZALEHA. dia ini sebenarnya PA untuk kelas aku untuk budak SPM.jangan ingat SPM tu sijil pelajaran malaysia. SPM tu sarjana muda sains dan pendidikan (matematik) ye. lama jugak lah berbual dengan dr zaleha, ialah kan dah lama tak jumpa apalagi berbual lah sampai pukul 4, he2...dr zaleha ini baik tau dia bagi tajuk sekali, memang itulah yang aku nanti-nantikan selama ini. Thanks ya Doktor. jangan ingat kau ini kena duduk diam gitu je, doktor juga telah memberikan aku, fiza, azim.(dia orang ini semua bawah doktor jugak) untuk menyambung dunia matematik untuk publish kan article. kirenya kena jadi penulis untuk sebuah laman web untuk semua makhluk maya mempelajari matematik. bukannya senang ok, 23 06 12. ini aku kena pergi menghadiri bengkel yup untuk tahu macam mana nak buat semua kejadah ini. doakan la keayaan aku ye kawan-kawan.

Dah abis berbincang and officially mu supervisor tuk thesis and my project PSM adalah DR ZALEHA.ahakz.....



muka masa menunggu kedatangan fiza sulaiman ye budak classmate aku. takade kerja palagi snap la gambar..ahakz..






Sincerely,
Liyana Zainal

Wednesday, May 30, 2012

Mengapa dan bagaimana penyelesaiannya.

Assalamualaikum cik timah...
 
Hahaha...sambil memeningkan kepala nak mencari tajuk untuk PSM aka Projek Sarjana Muda. Mana aku tak bising next semester baru tahun empat dah nak kena fikir bagai tajuk untuk thesis. anyway bulan sembilan ini aku dah nak masuk tahun akhir, huish macam tak caye jew, dan sedar tak sedar dah masuk enam semester aku kat UTM (Universiti teknologi malaysia) termasuk la semester nie walaupun semester nie tak habis lagi. kalau siapa yang ikut perkembangan semasa aku dia tahu la sekarang aku tengah praktikal. jadi cikgu kejap. nape tak percaye ke aku ni bole jadi cikgu, mai aku lempang sikit. confirm percaye cakap aku. dah sudah lari topik. sebenarnya bersamaan 31 may 2012 aku nak pergi melawat UTM sambil memegang tangan didada.(UTM kebanggaanku) nak pergi minta signature lecturer untuk jadi supervisor aku. sebelum minta signature tu takut la kalau lecturer tu tanya tajuk kan. takkan on the spot nak jawab, nanti merapu meraban aku jawab, uish..poning kepala eden nak memikirkannya. semua ini senior yang cakap. lebih baik prepare tajuk before jumpa supervisor, untuk kesenangan hidup juga. ye la kan sekarang ini aku kan dah nak masuk tahun akhir, kenalah tunjukkan sifat yang dah matang padahal kat umah ini perangai macam kanak-kanak ribena. kalau kahwin pon anak dah dua tiga orang.uish merepek je aku ini. so as a matured girl (chewah) semua kena perfect sikit, mesti cari tajuk yang sesuai dengan jiwa harmoni aku ini. 

Yang aku tak bole belah ini. nape mesti sekarang kena cari tajuk psm, kenapa tidak naik bulan september ini fikirkan tajuk yang sesuai. hoi cik liyana engkau tahu tidak, orang semua dah prepare tau, siap dah ada signature lagi dengan lecturer. silalah bangun ye cik kak. nak dapat A tak..uish nak la dapat A tu. So bekorban sampai tahun depan je, then engkau nak tidor ke, nak apa-apa ke sukahati mak bapak kau la. kesian mak bapak aku, hahaha...so aja-aja fighting-fighting. betul ke ayat korea aku ni, kalau lisa tau mesti dia ketawakan aku, yela, nak cakap korea tapi tak tau..hehe...

So tadi aku buat survey sikit, aku tanya kawan kat facebook tu, tajuk apa yang dia orang rasa susah, so aku dah conclude ungkapan algebra mendapat undian tertinggi. so aku nak kaji masalah ini. ececeehh...cik liyana..hahaha...... Alangkah bagusnya kalau aku dapat meneruskan pengajian aku sampai PHD..ahahak.. boleh kew, budah tak pandai cakap bi, berterabur je kalau cakap. entah orang faham ke tidak, takpe jadikan itu sebagai cabaran insyallah. dimana ada usaha di situ ada jalan.

dengan melihatkan sumber-sumber daripada internet boleh kot tajuk ini..Permasalahan Ungkapan Algebra.
itu cuma first tajuk yang aku dapat cari, lepas ini cuti semester aku nak kena cari betul-betul yang sesuai. tak boleh main-main dah. 

Oklah panjang rasenyew aku mengarang ini. haha=) bye2

Sincerely,
Liyana Zainal

Wordless W#1: Sudah cukup Sudah


Dengarkanlah wahai hati...

p/s:terima kasih sbb sudi ketuk pintu hati ini...

sincerely,
Liyana Zainal



Friday, May 18, 2012

Microsoft Visio 2010 - Office

Have you ever heard the visio ...
  

What is VISIO???

Let's talk about visio.



Visio is a drawing and diagramming program that helps transform concepts into a visual representation. Visio provides you with pre-defined shapes, symbols, backgrounds, and borders. Just drag and drop elements into your diagram to create a professional communication tool.

For the purposes of this tutorial, we are going to focus on how to create a flowchart diagram, and then briefly show how a wire frame for web design and an organization chart might look when drawn in Visio. But Visio also provides the tools to create many other types of diagrams, such as charts and graphs, project schedules, and web diagrams. Be sure to browse the Visio template gallery for samples.
 .
Here i leave with tutorial VISIO. Let's enjoy...ok you can read the tutorial with click this link. sory guys because i don't know how to import pdf files.
www.ischool.utexas.edu/technology/tutorials/office/visio/visio.pdf


Friday, May 4, 2012

jilbab





Pernahkah anda mendengar cerita seorang anak dan ayah...

Seorang gadis kecil bertanya kepada ayahnya. "Ayah ceritakanlah padaku tentang muslimah sejati",

Si ayah pon menjawab, "Anakku, seorang muslimah sejati bukannya dilihat daripada kecantikan dan keayuan semata-mata, Wajahnya adalah satu peranan yang kecil tetapi muslimah sejati dilihat daripada kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik".

Si ayah terus menyambung...

"Muslimah sejati juga  tidak dilihat daripada bentuk tubuh badan yang mempesona, tetapi dilihat dariapda sejauh mana ia menutupi bentuk badannya yang mempesona itu



Berdasarkan surah An Nur ayat 31,

Terjemahan Dalam Bahasa Malaysia
Tafsiran Ar-Rahman

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

Terjemahan Dalam Bahasa Inggeris
Tafsiran Abdullah Yusuf Ali

 And say to the believing women that they should lower their gaze and guard their modesty that they should not display their beauty and ornaments except what (must ordinarily) appear thereof that they should draw their veils over their bosoms and not display their beauty except to their husbands, their fathers, their husband`s fathers, their sons, their husbands` sons, their brothers or their brothers` sons, or their sisters` sons, or their women, or the slaves whom their right hands possess, or male servants free of physical needs, or small children who have no sense of the shame of sex and that they should not strike their feet in order to draw attention to their hidden ornaments. And O ye Believers! turn ye all together towards Allah, that ye may attain Bliss. 

p/s:Alhamdulillah... sekarang ini aku menginjak kearah itu... 















tazkirah jumaat

ahakz...bertemu kembali...ini untuk peringatan bersama ye...


Friday, April 27, 2012

thanks for giving sweet memory

Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu
Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya
Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini
Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu
Bagai bahtera dilanda badai
Gelora cinta mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Oh Cintaku
Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku ini
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu
Kanku coretkan kenangananmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini


Hatiku Milikmu-Nera AF9
p/s: i will never and ever to fall in damn love

Saturday, April 21, 2012

part3: berjimba-jimba dengan pelajar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera cikgu...
Bismillahirrahmanirrahim.........(pelajar Stk  meneruskan pembacaan doa sampailah abis)

Hari ini aq gembira sangat. Sebabnye tiap kali aq masuk kelas je mesti aq terjerit-jerit and then tak pernah nak senyum bila aq masuk satu kelas nie. Kelas tu adelah kelas budak form two. Tapi hari nie aq gembira sebabnye aq mampu tersenyum and budak-budak nie pon sporting gila-gila.
Mula-mula masuk kelas nie je,



Students: cikgu hari nie kite tak payah belajar lah,
Aq: Ade ke saya cakap kite nak belajar hari nie, tak ade kan. so sekarang awak bole buat keje masing-masing .
Students: thank you teacher..



Bila dah bagi kan buku diaowang balik aq mula bosan, sebabnye ari nie (21/4) ari sabtu sekolah aq jadi tuan rumah untuk kawad kaki peringkat daerah, jadinye ramai student yang terlibat dengan event tu. including my students. Aq pon ape lagi mulalah keliling kelas. Tiba-tiba ade satus tudnts cina nie,



Student: cikgu-cikgu kami bosan la, jom kite main henburger,
Aq: ape tu?



Student aq pon tunjukkan cara-cara macam mana nak main permainan tu. dengan keadaan yang teramat bosan aq pon join la diaowang sekali, memang best la dengan diaowang nie.



Students: cikgu nampak cute la kalau senyum macam hari ini
Aq: jangan nak bodek saya la. kan same je macam hari-hari lain.
Students: tak la ciku, cikgu nampak ceria, and kita owang pon selesa dengan cikgu
Aq:ye ke?


As a conclusion, kalau nak jadi seorang guru yang disenangi murid-murid kita kenalah jadi rakan mereka. Sekian terima kasih..
let's enjoin to see my students pic.


nie merupakan sebahagian pelajar yang tinggal dalam kelas

 

he2. semua nampak innocent je kan..




 time nie budak-budak nie dah mula naik gila sikit.




amek ko, cikgu ngan pelajar dah mula bergaduh tapi sempat lagi bagi post depan kamera nie





 hiduplah dengan ceria




 we loved our teacher




gambar khas untuk cikgu mereka, 


THANK YOU

Saturday, April 14, 2012

Sudahlah...



Sudahlah dengan apa yang terjadi. Tidak mengharapkan lebih darimu. Menginjak hari dalam kesuraman. Berserah pada ilahi dengan segala ketentuan. dan mengharapkan keajaiban yang akan berlaku...


Friday, April 13, 2012

part2:entri bergambar sbg guru

ini gambar first day pi sekolah. time nie aq duk bergambar depan bilik ert...cantik wo..


nie bilik guru di STK.cikgu yang duk depan nie mamang sporting gile.. 
 

nie time acara sukantara untuk pelajar upper form. aq dikehendaki tiup wisel pensmst. gelak tergolek-golek tengok budak-budak ni lari.

Thursday, April 12, 2012

part 1: kehidupan sebagai guru di STK

Assalamualaikum dan selamat kembali..
Rasenyew dah lama kan tak mengupdate blog nie...

Ok sekarang aq nak ceritakan pengalaman pertama aq as a teacher.
You know what sekarang nie bahasa aq dah campur-campur, kejap duk speaking kejap iedaknyew. especially Students aq form 2, tak tau la dia faham ke tidak aq cakap ape, first time datang sekolah tu dengan memakai baju bewarna purple. Datang-datang je jumpe ngan pengetua, dia suruh kenalkan diri and yang tak bole belah tu dia tanya aq nie dah kawen ke, tunang ke, kirenye dia tanye status aq la, hahaha memang lawak tapi pada aq dia seorang pengetua yang baik walaupun muka nampak garang terkenang cikgu lama aq, memang muka dia sama  sebijik.

After assembly aq and my partner yang dapat sekolah kat STK pun terkedek-kedek pi  bilik GPK1. dia pon menerangkan panjang lebar hukum hakam sekolah. dengar je lah, pastu aq diberikan tugasan tuk cari tandatangan semua cikgu and staf, boleh bayang kan kew semua sekali 100+++ kena beramah mesra pulak tu.. memang satu tugasan yang agak mencabar. Yang aq ingat sampai sekarang nie adalah aq nak pi la minta tandatangan sorang cikgu nie, dia seorang cikgu bahasa nama dia pn laili kalau x silap,
Cikgu Laili: awak nie dah berpunye ke?
Aku: hurm..(dalam hati ape punye soalan la)..lum lagi..malas la saya nak fikirkan, banyak masa lagi..
Cikgu Laili: ish mana bole..at least awak kena ade, next year awak dah abis study kan?
Aku:yup
Cikgu Laili: Jangan jadi amcam saya nie, kawen pon lambat.
dalam pada tu aq pon duk fikir sejenak..ada ke patut soalan macam nie yang ditanya.

kalau nak ceritakan pasal budak-budak rasenyew cerite samapai esok pon x habis...




Thursday, March 15, 2012

"Tri Fa Wardrobe 1st Anniversary Giveaway!"


hye2...
selalu kan saya ni masuk GiveAway... menang je idak..
ha2 ade aku kisah (gaye mak bedah)

kali nie Tri Fa Wardrobe... saya tahu pun sebab orang comment kat entry saya..hurm..
adela jugak usha2 barang yang dijual.. harga affordable.. kualiti pon ok jugak...

kalau kamu semua nak join sekali GiveAway nie just klik banner kat bawah nie,, bace la
sekali dia punya terms & conditions...
eceh2...mudah-mudahan ade tuah dikaki ayam..he2 betul ke pepatah tu.. bye2 selamat maju jaya



Thursday, March 8, 2012

MegaGiveAway by Penmerah.com

naik gunung turun gunung
makan garam di terminal
gw tau ini gak nyambung
nama gw YANA, salam kenal.






Hai kamu semua...Teringin nak join GiveAway. Mai klik banner kat bawah nie..


 


Korang nak tau tak GiveAway di sponsor oleh blogger-blogger yang terkenal tau..Hadiah-hadiah yang ditaja semua menraik, setahu saya Nisa kay sponsor hadiah beg pink, cantik tau kalau nak tau pi baca Nisa kay punya blog selain tu juga dia sponsor barang Maybelline punya make-up, sebabnya beliau dapat hadiah dari Maybelline bernilai RM1ooo. Blogger lain tak kurang hebatnye..hadiah pun menarik jugak

Antara blogger yang Sponsor;









Ini dia syarat-syarat yang kamu semua harus patuhi ok bebeh!!!

1. Buat entri ‘’MegaGiveAway by Penmerah.com’’

2. Likes Fanpages Penmerah.com

3. Copy Banner dan Link kan ke Entri GA Penmerah.com.

4. Tag 3 orang rakan anda

5. Dah siap entri, tinggalkan link entri di ruangan komen 

6. Jangan lupa Follow twiiter Penmerah.com untuk Pengumuman mengenai GiveAway nie..
  


Rakan yang saya tag adalah:




saya akhiri dengan sebuah pantun;


Encik Dollah pergi ka-Jambi
Pergi pagi kembali petang
Kalau Tuhan hendak membagi
Pintu berkancing rezki datang




Thursday, February 16, 2012

Tips anda bercinta

Assalamualaikum.

Hari ini aqu nak berkongsi dengan kamu semua mengenai "CINTA". Semalam tengok rancangan Semanis Kurma, best pula tajuk dia Bercinta Sebelum or Selepas Kawen. Pada pandangan aqu la, aqu prepare bercinta selepas kawen. Kenapa aqu memilh selepas kawen? he2. Hal ini kerana, aqu tengok cam sweet jew kalau bercinta selepas kawen lagipon nak buat apa-apa pon halal (kalau buat apa-apa pun dapat pahala), lagi satu boleh mengellakan dosa ok. ha2 itu pandangan aqu la. So korang sedia maklum la dengan status aqu.he2. lagipon kalau aqu bercinta sebelum kawen ini aqu tak dapaat nak seimbangkan, disebabkan aqu ini masih lagi belajar (seorang mahasiswi). pelajaran entah kemana, cinta entah kemana. That's why la kalau bole aqu nak elakkan perkara tersebut. So, insyallah tahun depan abis. kalau lepas itu nak bercinta pon tak pae la.

Daripada Rancangan yang dikemudikan oleh Dr. Nor Bahyah dengan suaminya bersama panel jemputan aqu dapat listkan 3 tips anda bercinta:

1) selalu ingat sidia 

2) selalu membela sidia

3) selalu menyebut sidia




Terima Kasih kerana sudi membaca.




Monday, February 13, 2012

Pantai Air Papan Mersing and Pantai Penyabung Mersing

salam minggu untuk semua.

Untuk pengetahuan korang, aqu sekarang ini tengah cuti-cuti and plus jadi babysitter untuk anak sedara aqu. Then, terpaksa la aqu pi umah abang aqu kat Mersing. Tiba kat Mersing nie ahad lepas (5/2/2012). Then, ari isnin petang my brother ajak jalan-jalan pusing bandar Mersing. Korang bole jalan-jalan bandar Mersing dalam 10 minit jew, sebabnye bandar Mersing nie kecik jew.

The next day kat Mersing nie masa hari Thaipussam abang aqu bawak ke Pantai Air Papan,Mersing. Tempatnya agak bersih la and masuk untuk kereta rm3 jew. mai aqu bagi korang tengok picture.


 ok ini merupakan pertama kali dalam hidup aqu mandi kat laut. memang teruja habis la, air dia pun cantik

 tolong!!! dibawa ombak...

 sempat lagi peace

 ini gambar abang aqu sekeluarga



Tadi tu semua kat Pantai Air Papan Mersing. sekarang aqu kasi korang tengok picture aqu kat Pantai Penyabung Mersing.



 nie dengan my luvly encem boy...





ok la bye..
Thanks for reading

Friday, February 10, 2012

Tips untuk mendapatkan tidur yang berkualiti

 

Salam kepada semua. Anda mengalami masalah untuk tidur? disini ada jalan penyelesaiannya,
1)Tidur dalam bilik yang gelap, sunyi dan memiliki sistem pengudaraan yang baik.baik.

2)Tidur dalam keadaan berselimut.
 
3)Tidur tanpa bantal membantu memilikipostur tubuh yang baik.
 
4)Tidur dalam keadaan lurus. Elak daripada tidur secara membengkok.
 
5)Tidur awal atau selewat-lewatnya pada pukul 11 malam setiap hari.
 
6)Minum segelas air putih atau susu sebelum dan selepas bangun tidur. Ia membantu membersihkan bahagian dalaman tubuh. Elak minum kopi atau teh.
 
7)Amalkan latihan pernafasan sebelum tidur. Tarik nafas perlahan-lahan dan sedalamnya. Regangkan tubuh sebentar dan lepaskan nafas perlahan-lahan.
 
info: remaja
sekian terima kasih.