kan dah cakap jangan baca.
yang kamu baca itu kenapa...
ok lah aku saja je. sebenarnya nak cerita sedikit mengenai my life journey..haiyok orang puteh la pulak.
nama siapa: nama diberi oleh mak cik aku yop, Nur Liyana Bt Zainal Abidin
panggilan manja: banyak sangat, kadang-kadang nana, kak, not, yana, liyana, comel, kak uda, cik nana, anna.mana-mana pon boleh, asalkan jangan melalut sudah.
umor berapa: apa punya soalan la, sensitif tau.. ok lah tak mahu rahsia-rahsia, secara jujurnya 23 tahun tahun, tapi takmasuk lagi tau, nanti bulan sudah baru 23. sekarang ini masih 22 tahun +++. Hehehe...
tapikan aku nak bagitahu, orang-orang semua tak percaye tau, ingat aku ini budak nak amik SPM. jangan jelez sudah..aku tahu la aku ini nampak baby face.. bukan aku saja-saja cakap tau
kawan aku yang cakap...
tarikh lahir ngan tempat lahir: nak tahu jugak kew...ok tarikh lahir aku 25 october 1989.aku dilahirkan dekat umah nenek aku di kampung sungai suloh, batu pahat, johor.
dah ada boyfriend ka: hahaha gelak sambil tergolek.. mestilah ada, bapak ngan abang aku la boyfriend aku,jangan main-main boleh tak..ok secara jujurnya wat masa sekarang ini aku tak ada lagi, hahaha..apalagi kalau kaum adam yang nak couple-couple bagai ini, boleh ambil borang...kalau layak aku approve..amacam. berani tak.
sekarang buat apa: sekarang ini duk baring atas katil sambil menekan papan kekunci..hehehe...sekarang ini aku sedang belajar lagi tau..dekat UTM skudai je, insyallah tahun 2013 aku akan menamatkan degree aku. doakan la kejayaan aku ye. kalau dapat first class degree aku beanja korang makan..he2...insya Allah..
Impian: kalau boleh nak dapatkan semua yang aku wishlist kan tu...and kalau boleh la kan dapat suami yang soleh+++ ngan kaya. senang hati mak..hahaha...
makan kegemaran: sekarang ini aku addict gila dengak laksa johor, sedap tak terkata, nak kena belajar ini dengan abang kat pasar malam umah aku, macam mana dia buat. makan sekali mesti nak banyak kali, terangkat tu... and aku nak belajar buat puding caramel la, macam sedap jew,
kawan yang kau rapat siapa: kira bestie aku ini, SYIDA ngan LISA, kalau yang lain pon ok gak, lagi-lagi budak classmates aku la, kitaorang memang rapat wo...kalau ada apa-apa mesti bagi tahu. untuk pengetahuan korang aku ngan SYIDA dan dua tahun kita orang duduk bersama-sama tau, mana taknya SYIDA banyak mengajar aku erti kehidupan, dari segi dunia mahupon akhirat.thanks adik...he2 sebenarnya aku tua setahundaripada dia. ye la masa SPM orang suruh belajar aku duk bercinta, dah kena masuk matrik yang dua tahun punya. kira PDT la. program dua tahun...
boleh berikan 3 perkara yang menggambarkan diri kau..
i) banyak cakap(so sekarang ini aku nak kurangkan bercakap, bukannya dapat faedah pon banyak cakap, banyakkan membaca al-quran lagi bagus)
ii)seorang yang melatah(ini rahsia tau, macam-macam keluar dari mulut ini, kalau dengar bakal mak mertua malu jew)
iii)rajin mengemas, malas masak(tapi akhir-akhir ini aku dah rajin sikit nak masak, macam best jew)
itu je lah yang aku nak kongsikan dengan korang....
Sincerely,
Sincerely,
Liyana Zainal
No comments:
Post a Comment