Pages

Tuesday, March 1, 2011

cHenta Vs pErkahwinan.....





    Apa pendapat kamu semua mengenai chenta.......(fikir sejenak)...............hurm,,,,,,,
 auti sebenarnya kurang berpengetahuan mengenai chenta nie... zaman sekolah dulu penah la merasew cinta monyet...monyet berchenta kew???..auti pun tak tau la monyet berchenta ke tak
..he2..=)...namun begitu, melihatkan semua kawan2 auti yang adew pakwe tu rasew macam hidup nie macam terkongkong jew..seronok pun adew....auti pun tak tau camanew rasenyew....kalau auti auti lebih prefer chenta lepas kahwen...he2... sebab nape auti cakap begitu, auti nie terpengaruh dengan novel la.....banyak penulis mengetengahkan jalan cherita chenta after married...

"Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, ia diambil orang." Begitulah, antara lain, senikata lagu "Jangan Tunggu Lama-lama" nyanyian kumpulan Alleycats yang popular pada tahun 80an dahulu. Lagu ini menasihatkan para lelaki yang sudah mempunyai kekasih supaya cepat-cepat berkahwin agar kekasihnya itu tidak jatuh ke tangan orang lain. Dalam Islam, perkahwinan perlu dicepatkan bukan kerana bimbang kekasih jatuh ke tangan orang lain, tetapi kerana itulah yang dituntut oleh agama kerana dipercayai perkahwinan dapat menjauhkan manusia dari maksiat,,,amacam skema punye ayat tak....he2...sebenarnyew yang dah adew pasangan tu cepat2 la kahwen..x yah nak tunggu lama2....



comel x kek new....tinggikan................................................................................


dewan ni camanew...besar x.......
korang nak wat majlis nanti kat dewan or rumah....







wa......bertingkat2 baju new.............................


ha222...kalau dah adew pasangan tu cepat2 la kahwen...x payah la buat event macam kat atas tu...buat kat dewan la...baju berpasang2................kek sampai berpuluh2 tingkat.. membazir jew... buat je setakat yang mampu...jangan lepas berkahwen hutang keliling pinggang.....


Hadis-hadis Rasulullah s.a.w juga banyak sekali anjuran supaya umat Islam berkahwin. Sebagai contoh, hadis yang bermaksud, "Perkahwinan adalah salah satu sunnahku. Barangsiapa tidak menyukai sunnahku, maka sesungguhnya ia tidak meyukai aku." Hadis ini menunjukkan bahawa perkahwinan merupakan satu sunnah dan sebagai umat Muhammad, kita perlulah mengikuti sunnah Baginda. 



Kemudian dikatakan pula bahawa perkahwinan itu sebahagian dari iman seperti dalam hadis berikut yang bermaksud, "Seseorang yang menikah telah menenangkan separuh agamanya. Maka hendaklah ia bertakwa kepada Allah dengan menjaga separuh yang lain." Dalam menganalisa hadis ini, Imam al-Ghazali berpendapat, "dengan melangsungkan perkahwinan, seseorang itu akan dapat menjaga dirinya dari kerosakan agama atau akhlaknya. Dapatlah disimpulkan bahawa yang paling merosakkan akhlak seseorang itu ialah perut dan kemaluannya. Oleh sebab itu, dengan berkahwin akan terpeliharalah salah satu penyebab utama kerosakan agamanya. " 



Dalam konteks ini, tentulah perkahwinan itu perlu disegerakan. Walau bagaimanapun, ada satu syarat yang perlu dipenuhi sebelum seseorang itu boleh berkahwin iaitu kemampuan. Ini kerana dalam sepotong hadis Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa memiliki kemampuan untuk kahwin, hendaklah ia berkahwin. Hal itu lebih membantu menjaga pandangan serta melindungi kemaluan. Namun, apabila tidak mampu, hendaklah ia berpuasa. Dengan berpuasa, syahwatnya akan lemah." Hadis ini menunjukkan bahawa bila ada kemampuan, kahwinlah. Jangan ditangguhkan lagi. Sebaliknya, bagi yang tidak mampu, ia tidak boleh berkahwin sebaliknya berpuasalah untuk menjaga nafsunya.




















No comments:

Post a Comment