Pages

Thursday, May 31, 2012

Officially

Salam Jumaat & Salam 1 Malaysia warga sekalian...

Hari ini aku bukannya hendak bertazkirah. Cuma nak berkongsi pasal kehidupan aku ini. Secara officially, aku dah driver sendiri ok..highlight balik S.E.N.D.I.R.I daripada Kluang iaitu rumah aku sehingga Skudai. aku tahu la mesti ada yang nak mengutuk aku, setakat Kluang - Skudai, apalah sangat...Tapi pada aku itu satu pencapaian yang agak membanggakan, mana taknya before ini aku nak pergi mana-mana mesti tunggu orang bawak aku pergi jalan-jalan. sekarang aku nak pergi mana-mana dah tak payah nak ajak orang, capai tudung, kunci pastu jalan la. memang memudahkan perjalanan aku. 

Dalam pukul 12 lebih alhamdulillah aku telah selamat sampai ke UTM. pastu pi pejabat kat fakulti untuk ambil borang untuk pendaftaran PSM untuk next sem, and aku amik sekali dean's list punya certificate. huk2 cakap pasal dean list tak tahulah semester ini ynag meliatkan pengredan melalui praktikal dapat ke tidak, hanya bertawakan dan berdoa untuk mendapat yang terbaik. kalau ada rezeki adalah. Lepas dah ambil borang PSM tu aku pun pi lah ke MSI aka masjid sultan ismail. haah aku lupa nak mention kan budak peneman setia aku ke UTM iaitu jiran aku, nama dia Yuslinda, he2=)

Around jam tiga petang aku pun pergi ke bilik supervisor, nama dia DR. ZALEHA. dia ini sebenarnya PA untuk kelas aku untuk budak SPM.jangan ingat SPM tu sijil pelajaran malaysia. SPM tu sarjana muda sains dan pendidikan (matematik) ye. lama jugak lah berbual dengan dr zaleha, ialah kan dah lama tak jumpa apalagi berbual lah sampai pukul 4, he2...dr zaleha ini baik tau dia bagi tajuk sekali, memang itulah yang aku nanti-nantikan selama ini. Thanks ya Doktor. jangan ingat kau ini kena duduk diam gitu je, doktor juga telah memberikan aku, fiza, azim.(dia orang ini semua bawah doktor jugak) untuk menyambung dunia matematik untuk publish kan article. kirenya kena jadi penulis untuk sebuah laman web untuk semua makhluk maya mempelajari matematik. bukannya senang ok, 23 06 12. ini aku kena pergi menghadiri bengkel yup untuk tahu macam mana nak buat semua kejadah ini. doakan la keayaan aku ye kawan-kawan.

Dah abis berbincang and officially mu supervisor tuk thesis and my project PSM adalah DR ZALEHA.ahakz.....



muka masa menunggu kedatangan fiza sulaiman ye budak classmate aku. takade kerja palagi snap la gambar..ahakz..






Sincerely,
Liyana Zainal

Wednesday, May 30, 2012

Mengapa dan bagaimana penyelesaiannya.

Assalamualaikum cik timah...
 
Hahaha...sambil memeningkan kepala nak mencari tajuk untuk PSM aka Projek Sarjana Muda. Mana aku tak bising next semester baru tahun empat dah nak kena fikir bagai tajuk untuk thesis. anyway bulan sembilan ini aku dah nak masuk tahun akhir, huish macam tak caye jew, dan sedar tak sedar dah masuk enam semester aku kat UTM (Universiti teknologi malaysia) termasuk la semester nie walaupun semester nie tak habis lagi. kalau siapa yang ikut perkembangan semasa aku dia tahu la sekarang aku tengah praktikal. jadi cikgu kejap. nape tak percaye ke aku ni bole jadi cikgu, mai aku lempang sikit. confirm percaye cakap aku. dah sudah lari topik. sebenarnya bersamaan 31 may 2012 aku nak pergi melawat UTM sambil memegang tangan didada.(UTM kebanggaanku) nak pergi minta signature lecturer untuk jadi supervisor aku. sebelum minta signature tu takut la kalau lecturer tu tanya tajuk kan. takkan on the spot nak jawab, nanti merapu meraban aku jawab, uish..poning kepala eden nak memikirkannya. semua ini senior yang cakap. lebih baik prepare tajuk before jumpa supervisor, untuk kesenangan hidup juga. ye la kan sekarang ini aku kan dah nak masuk tahun akhir, kenalah tunjukkan sifat yang dah matang padahal kat umah ini perangai macam kanak-kanak ribena. kalau kahwin pon anak dah dua tiga orang.uish merepek je aku ini. so as a matured girl (chewah) semua kena perfect sikit, mesti cari tajuk yang sesuai dengan jiwa harmoni aku ini. 

Yang aku tak bole belah ini. nape mesti sekarang kena cari tajuk psm, kenapa tidak naik bulan september ini fikirkan tajuk yang sesuai. hoi cik liyana engkau tahu tidak, orang semua dah prepare tau, siap dah ada signature lagi dengan lecturer. silalah bangun ye cik kak. nak dapat A tak..uish nak la dapat A tu. So bekorban sampai tahun depan je, then engkau nak tidor ke, nak apa-apa ke sukahati mak bapak kau la. kesian mak bapak aku, hahaha...so aja-aja fighting-fighting. betul ke ayat korea aku ni, kalau lisa tau mesti dia ketawakan aku, yela, nak cakap korea tapi tak tau..hehe...

So tadi aku buat survey sikit, aku tanya kawan kat facebook tu, tajuk apa yang dia orang rasa susah, so aku dah conclude ungkapan algebra mendapat undian tertinggi. so aku nak kaji masalah ini. ececeehh...cik liyana..hahaha...... Alangkah bagusnya kalau aku dapat meneruskan pengajian aku sampai PHD..ahahak.. boleh kew, budah tak pandai cakap bi, berterabur je kalau cakap. entah orang faham ke tidak, takpe jadikan itu sebagai cabaran insyallah. dimana ada usaha di situ ada jalan.

dengan melihatkan sumber-sumber daripada internet boleh kot tajuk ini..Permasalahan Ungkapan Algebra.
itu cuma first tajuk yang aku dapat cari, lepas ini cuti semester aku nak kena cari betul-betul yang sesuai. tak boleh main-main dah. 

Oklah panjang rasenyew aku mengarang ini. haha=) bye2

Sincerely,
Liyana Zainal

Wordless W#1: Sudah cukup Sudah


Dengarkanlah wahai hati...

p/s:terima kasih sbb sudi ketuk pintu hati ini...

sincerely,
Liyana Zainal



Friday, May 18, 2012

Microsoft Visio 2010 - Office

Have you ever heard the visio ...
  

What is VISIO???

Let's talk about visio.



Visio is a drawing and diagramming program that helps transform concepts into a visual representation. Visio provides you with pre-defined shapes, symbols, backgrounds, and borders. Just drag and drop elements into your diagram to create a professional communication tool.

For the purposes of this tutorial, we are going to focus on how to create a flowchart diagram, and then briefly show how a wire frame for web design and an organization chart might look when drawn in Visio. But Visio also provides the tools to create many other types of diagrams, such as charts and graphs, project schedules, and web diagrams. Be sure to browse the Visio template gallery for samples.
 .
Here i leave with tutorial VISIO. Let's enjoy...ok you can read the tutorial with click this link. sory guys because i don't know how to import pdf files.
www.ischool.utexas.edu/technology/tutorials/office/visio/visio.pdf


Friday, May 4, 2012

jilbab





Pernahkah anda mendengar cerita seorang anak dan ayah...

Seorang gadis kecil bertanya kepada ayahnya. "Ayah ceritakanlah padaku tentang muslimah sejati",

Si ayah pon menjawab, "Anakku, seorang muslimah sejati bukannya dilihat daripada kecantikan dan keayuan semata-mata, Wajahnya adalah satu peranan yang kecil tetapi muslimah sejati dilihat daripada kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik".

Si ayah terus menyambung...

"Muslimah sejati juga  tidak dilihat daripada bentuk tubuh badan yang mempesona, tetapi dilihat dariapda sejauh mana ia menutupi bentuk badannya yang mempesona itu



Berdasarkan surah An Nur ayat 31,

Terjemahan Dalam Bahasa Malaysia
Tafsiran Ar-Rahman

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

Terjemahan Dalam Bahasa Inggeris
Tafsiran Abdullah Yusuf Ali

 And say to the believing women that they should lower their gaze and guard their modesty that they should not display their beauty and ornaments except what (must ordinarily) appear thereof that they should draw their veils over their bosoms and not display their beauty except to their husbands, their fathers, their husband`s fathers, their sons, their husbands` sons, their brothers or their brothers` sons, or their sisters` sons, or their women, or the slaves whom their right hands possess, or male servants free of physical needs, or small children who have no sense of the shame of sex and that they should not strike their feet in order to draw attention to their hidden ornaments. And O ye Believers! turn ye all together towards Allah, that ye may attain Bliss. 

p/s:Alhamdulillah... sekarang ini aku menginjak kearah itu... 















tazkirah jumaat

ahakz...bertemu kembali...ini untuk peringatan bersama ye...